Monday 13 June 2011

TIP MEMBELI KAMERA DSLR

Sekiranya anda baru dalam bidang fotografi dan bercadang untuk memiliki sebuah kamera, banyak yang anda perlu tahu. Jangan terburu-buru, dapatkan sebanyak mungkin info supaya anda tidak menyesal. Perkara yang perlu diberi perhatian:

KEGUNAAN KAMERA
Tentukan apakah kegunaan kamera yang hendak dimiliki. Biasanya ada 3 golongan pemilik kamera - sosial/keluarga, hobi dan kerjaya. Bagi kegunaan sosial kamera compact digital yang mempunyai 6 hingga 8 magepixel sudah memadai. Harga pasaran bagi sebuah kamera compact digital antara RM500 hingga RM800 bergantung kepada jenama dan apakah features yang ada. Bagi pengemar fotografi/hobi, kamera yang sesuai tentulah kamera Digital Single Lens Reflect (DSLR). Kebanyakan pengemar fotografi bermula dari kemera DSLR yang sederhana mempunyai 10 hingga 18 magepixels. Mereka akan menukar kepada DSLR yang lebih canggih apabila mencapai peringkat yang lebih tinggi kepada 20 hingga 26 magepixels yang berharga RM16 hingga RM25 ribu. Bagi jurufoto persendirian kamera DSLR 12 hingga 18 magepixels sudah memadai. Harga lingkungan RM2,500 - RM4,000.

PILIHAN JENAMA
Ramai yang bertanya saya apakah jenama kamera yang baik. Kepada saya, jenama tidak penting bagi menentukan gambar yang diambil bermutu. Pernah pemilik kamera Seagull (buatan China, harga RM235.00) memenangi tempat pertama di pertandingan foto peringkat antara bangsa -1979. Pemilihan jenama perlulah membuat pilihan berdasarkan kepada 1. Range pilihan lens yang luas (banyak), 2. Khidmat selepas jualan/alat ganti mudah, 3. Sokongan R&D yang berterusan - teknologi sentiasa dipertingkatkan. Di Malaysia terdapat banyak jenama DSLR contoh: Canon, Nikon, Fujifilm, Minolta, Sony dan lain-lain. Canon dan Nikon merupakan jenama DSLR yang paling laris dan banyak digunakan oleh jurufoto. Pilihlah yang sesuai dengan keperluan fotografi dan dalam bajet anda. Jangan beli kamera DSLR second hand, ...anda akan menyesal!

PILIH KEMAMPUAN TINGGI
Pemampuan kamera DSLR diukur daripada ketinggian magepixels, lagi tinggi lagi baik. Sekiranya ada kamera DSLR berharga RM2,600 dengan 8.2 magepixels dan satu lagi berharga RM1,800 tetapi mempunyai 15 magepixels. Belilah kamera yang mempunyai 15 magepixels.

PERBANDINGAN STATUS DSLR
Perhatikan betul-betul, kebanyakan jenaman mempunyai 3 range kamera DSLR. Permulaan, amatur dan propersional. Harga antara 3 range kamera DSLR ini sangat ketara contoh:

Canon EOS 1Ds Mark III  - 21.1 megapixels -RM28,990
Canon EOS 7D                     - 18 megapixels - RM5,099
Canon EOS 60D                   - 18 megapixels - RM3,338
Canon EOS 600D                 - 18 megapixels - RM2,549
Canon EOS1100D                - 18 megapixels - RM1,999

Canon EOS 1D dan EOS 7D adalah kamera DSLR pro. EOS 60D dan 600D adalah kamera DSLR amatur dan EOS1100D adalah kamera pemulaan. Pada penilaian saya, melihat 18 megapixels adalah sudah mencukupi. Pilihan selebihnya bergantung kepada bajet anda.

Jenama lain juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Canon. Sewaktu membuat pilihan, pilihlah kamera DSLR yang sesuai dan dalam lingkungan bajet anda. Jangan rasa rendah diri jika di tangan anda memegang sebuah kamera DSLR yang murah jika anda dapat menghasilkan foto setanding dengan EOS 1D atau 7D. Yang penting kebolehan anda menguasai kamera dan menghasilkan foto bermutu.